Khamis, 24 Jun 2010

Kuantan(POLISAS)&jalan-jalan

huhuuhhu...alhamdullillah,akhirnya sampai jugak rumah selepas 6 jam perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu,penat memang sangat memenatkan but we've got fun there..selama 2 hari 1 malam menginap di hotel Seri Malaysia memang tidak disia-siakan...pada hari pertama di Kuantan kami check-in di hotel kira2 pukul 2.00 ptg gitu, then pukul 3.00 kami keluar cari makan di bandar Kuantan di sebuah restoran ntah ape namanya aq sendiripon xingat..lepas makan kami ke Pekan ke rumah kawan kak aida untuk ambik beg baju yg mintak ditumpangkan.Pada hari yg sama juga selepas balik dri rumah kawan kak aida, ur parents bawak kita orang pegi Tanjung Lumpur yang sememangnya terkenal dengan ikan bakar...urm yummy sangat2...tapi hajat untuk makan ikan bakar tidak kesampaian jugak tup2 sampai di kedai area ctu jgak takde jual ikan bakarpon but makanan western2 je yg ade so dissappointed.Tapi order jugak western food tue hikhikhik...That night kami cuma duk dalam bilik je bagi abah rehat2kan badan selepas bawak kereta jauh.But,my sisters n I pegi kat swimming pool hikhik,,tak mandipon cuma rendam kaki n bergambar je lebih..my elder sister kak uyu ish2, membebel xhabis bila saya n kak ida duk main tengah2 perantara kolam dalam dan yg cetek punya, maklumlah semua xpandai berenang hakhak.Balik ke bilik kitaorang terus mandi,tengok bola ngan abah(FIFA WORLD CUP)our mother dh awal2 tdo.Keesokkannya(hari nie) kami bangun early morning jgakla dalam pkul 6 pagi lol.My sisters n I siap2 for breakfast di cafe hotel ,maklumlah makan free huhuhuhhu..Sudah makan we've drive to POLI kak ida plak untuk pendaftaran(Sem 2).Kitaorang tinggal kak ida di POLI tapi kitaorang merayap cari makan coz mummy n abah blum makan lagi,lainla cam kak uyu yg makan roti 2keping n nasi berlauk,kak ida lak makan roti 2keping je but me makan koko krunch n bihun goreng di cafe tadi...hakhakhak.Kami singgah makan di restoran D'osis.Sudah makan mummy n abah bawak my sister n I pegi Teluk Chempedak.Fuh!!memang cantik gler dari mana2 pantai di Kelantan.Camera plak xhabis2 berkelip,snap...snap..snap..Yang paling best ade citer yang memang mengelikan hati huhuhhhu.Dah shopping sudah di sana kitaorangpon berangkat kembali ke POLI kak ida coz segala pendaftarannya dah selesai.Asrama yg sememangnya teramat tinggi tue telahku taklukinya dengan bermandikan peluh.Bersalaman sudah kitaorang meninggalkan kak ida di POLInya dan abah memandu balik ke Kelantan terus dan kami selamat sampai di rumah mek kira2 pukul 7 lebih.Dan betul2 sampai rumah lak pukul 9.30 mlm huhuuhu.Oooppss,tertinggal satu lagi aktiviti.Dalam perjalanan balik kami singgah di rumah Cik Zan(sepupu@cousin) di Dungun,Terengganu.

Jumaat, 18 Jun 2010

Sekuntum Mawar Merah

Sekuntum mawar merah akanku hadiahi kepadamu
Tanda keikhlasanku berteman denganmu
Sekuntum mawar merah akanku semakkan di
Rambutmu tanda kecantikkan paras rupamu
Sekuntum mawar merah akanku hiasi di dirimu
Tanda aku menyayangi dan mencintaimu
Sekuntum mawar merah akanku letakkan di
Sudut hatimu tanda aku menjaga hatimu
Sekuntum mawar merah akanku menjagamu dengan
penuh kasih sayang
sekiranya teman itu tidak menerimanya...

Khamis, 17 Jun 2010

Buat cousinku Raja Nur Hazirah Raja Mohammad thanks a lot sebab dh bantu Yaya buat semua nie...LOVE YOUUU...

Rabu, 16 Jun 2010

Cintaku

Saatku mengenalimu dan memahamimu
Aku tertanya-tanya apakah yang harus aku lakukan
dan apakah yang akan terjadi
Hari demi hari aku mula mendapat jawapan
bagi pertanyaanku kepadamu..

Oleh kerana kau begitu penting dalam hidupku
Aku pasti akan menjagamu,memelukimu dan
membelaimu hingga aku tak dapat
berpisah denganmu..

Oooohh,bukuku kerana kau,aku berjaya
dalam hidupku sehingga sekarang..
Akanku jagamu sehingga akhir hayatku
sebagaimana aku menjaga orang yang
paling aku sayang..

Rindu Seorang Teman


Dikala aku kesepian
Terasa diriku tiada berteman
Diriku terasa kosong tanpa kehadiranmu
Tanpa gurau sendamu
Aku tahu aku tidak layak menjadi temanmu
Kerana diriku sering sahaja menyakiti hatimu
Aku masih ingat lagi sewaktu kita bersama
Kau membuatku bahagia....

Seandai kau menangis,aku terasa perit
Seandai kau gembira,aku tersenyum
Tapi itu semua kenangan

Kini hatimu begitu jauh jua
Dari sudut hatiku ini
Aku amat merinduimu
Hanya kau sahabatku
ARINA DAN AYUNNI...

~PUISI INI DI BUAT KHAS UNTUK SEPERTI MANA NAMA YG TERTERA DI ATAS~

Selasa, 15 Jun 2010

Bintang

Bintangku lihat terang di sana,
Tersenyum ibarat tiada masalah,
kelipanmu buatku terharu,
kernaku cemuru akanmu,

Aku manusia biasa,
Yang penuh masalah dan dusta,
Inginku lepaskan semuanya padamu,
tapi apakan dayaku,

Sekiranya kau bisa bicara,
Bolehkah aku melepaskan semuanya,
Jika bisa pasti bumi ini,
Malap dek tiada kelipanmu,

Jika Dia mendengar doaku,
Pasti aku tersenyum selalu sepertimu,
Dan tiada lagi cemburuku padamu bintang....