Jumaat, 21 Oktober 2011

Hanya Mencuba


Bermula dari satu perkenalan,
Pandang pertama saling bertautan,
Adakah ianya panahan cinta,
Atau hanya sekadar perasaan biasa,

Bertukar nombor menjadi tradisi,
Saling membalas teks dengan senyuman,
Sang teruna mengajak 'couple',
Sang dara menerima bangga,

Dari berjauhan kini berdekatan,
Yang haram kini 'dihalalkan',
Tanpa malu tanpa segan mereka lakukan,
Bila ditanya 'Hanya Mencuba menjadi jawapan,

Hari demi hari mereka lebih akrab,
Keakraban itu juga menjadi kekerapan,
Kekerapan dalam melakukan hal yang haram,
Telah menjadi tabiat mereka,

Sang dara membawa perut,
Sang teruna hilang entah kemana,
Hilanglah nyawa yang tidak berdosa,
Angkara mereka yang durjana.

~ingatlah teman2 hanya dengan perkataan 'mencuba' banyak nyawa yang hilang'

Sabtu, 15 Oktober 2011

Segalanya mungkin berlaku.....

Semuanya dah tersurat,

Membesarnya kamu tanpa ayah disisi,

Melalui liku-liku hidup bersama ibu tersayang,

Mungkin yang berlaku ada hikmahnya,


Kamu lahir untuk merasai kasih sayang ibubapa,

Tapi segalanya musnah kerna mereka berdua,

Hilanglah satu tempat pergantungan kamu untuk beradu,

Mungkin yang berlaku ada baiknya juga,


Kamu dilahirkan untuk memberi cahaya penyeri,

Tapi kamu dilahirkan untuk menjadi mangsa,

Adilkah ini buat kamu semua satu saat nanti?,

Mungkin ianya takdir kamu,


Aku jamin satu hari nanti ianya terjadi jua,

Kamu tidak akan mengenali ayahmu lagi,

Putuslah perhubungan kamu berdua secara zahirnya,

Mungkin ada udang disebalik batu,


Cuma satu aku pinta,

Supaya kamu tidak lupakan kami semua,

Dan janganlah kamu memberontak kerna mereka,

Segalanya mungkin berlaku....


Sabtu, 20 Ogos 2011

Mana Mak ???

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sabtu, 6 Ogos 2011

Ramadhan Al-Mubarak...

~ selAmaT mEnyaMbuT RamAdhaN al-MubaraK 1432 H ~

harap masih belum terlambat.. :D

~ Persahabatan ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Persahabatan.

Kebanyakkan kita mampu menghabiskan masa 'berjam-jam' apabila membahaskan soal persahabatan. Dan tidak kurang juga ada yang mempunyai 'tagline' mereka tersendiri yang mampu membezakan antara persahabatan mereka dan mereka yang lain. Namun, mengapakah masih terjadi persahabatan yang selama ini disangka 'forever' kerana taglinenya berbunyi 'BFF- Best Friend Forever' kini menemui jalan penamat 'The End' ? Bukankah persahabatan seharusnya terus kekal dan mekar?

Ini lah yang terjadi apabila terlalu hanyut dengan tagline 'BFF' akhirnya terlupa akan beberapa perkara yang membuatkan 'BFF' itu benar-benar 'Best Friend Forever'. Antara ciri-ciri atau kualiti-kualiti yang sering dilupakan adalah seperti:

a) kejujuran
b) keikhlasan
c) kasih
d) hormat-menghormati
e) memahami apa itu 'sahabat'
f) kerana apa kita bersahabat
g) apakah ada titik awal dan titik akhir dalam persahabatan

Mungkin masih terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan pudarnya sesebuah persahabatn itu. Ianya menjadi kian hambar dan layu. Namun penulis tidak dapat menghuraikan dengan panjang lebar di sini. Apa yang membuatkan penulis tertarik untuk menulis artikel ringkas tapi memberi sedikit manfaat ini adalah kerana merasakan ramai yang bersahabat hanya atas nama sahabat oleh itu maka terjadilah 'tidak komited' dalam persahabatan.

3 soalan terakhir yang disenaraikan oleh penulis adalah sebenarnya yang wajar diketahui oleh setiap sahabat. Kerana itu lah soalan-soalan yang boleh menjadi bahan panduan atau peringatan. Pembaca bisa saja menambah 'perasa' pada artikel ini jika dirasakan terkurang 'umph-nya'. Ini hanyalah sekadar yang lahir di kepala penulis.

Janganlah dikau menjadi mereka yang 'bermuka-muka',janganlah dikau menjadi mereka yang 'banyak dan bercabang' lidahnya, dan janganlah kiranya dikau menjadi mereka yang 'panjang' tangannya apabila bersahabat.


PS: post diatas di'copy & paste ' dari blog http://www.belogbolok.blogspot.com, penulis blog ini telah meninggal dunia pada 2 0gos 2011 bersamaan 2 ramadhan kerana leukimia ~ AL-FATIHAH~

Isnin, 16 Mei 2011

pertukaran alamat blog

kepada semua pembaca blog lollip0p gurlz sekalian(mcmla ada org baca). Dengan ini diumumkan bahawa address blog ini akan bertukar dalam masa seminggu mulai pd hari ini.

izzahcherry.blogspot.com -> qalistadaisy.blogspot.com

~ harap maklum ~

Khamis, 12 Mei 2011

Awan Biru..


Bibir ini menguntum senyuman riang,
Apabila memandang ke arah awan biru,
Hati pula mengagung-agungkan maha esa,
Yang telah mencipta pelbagai keindahan dunia,

Renunglah awan biru itu,
Yang menampakkan seribu ketenangan,
Sementara ia kelihatan tenang dan biru,
Tataplah ia sepuas hatimu,

Pabila hadirnya awan hitam,
Hilanglah segala keindahan awan biru,
Yang juga menurunkan titisan demi titisan,
Bagaikan sedang melanda keresahan,

Turunlah dengan lebat wahai titisan,
Lepaskanlah segala yang kau enggani,
Supaya awan biru menjelma kembali,
Tanpa keresahan sekali lagi,

Berilah kami peluang wahai sang langit,
Menatapi keindahan awan biru itu,
Juga mendapatkan ketenangannya,
Sebelum hari-hari kami gelap tanpa cahaya,


Selasa, 10 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU !!!

Ibu,
Kau telah kandungku selama 9 bulan,
Kau juga telah membesarkan diriku,
Dari kecil hingga dewasa kau masih menjagaku,
Walaupun dirimu sudah berusia,

Ibu,
Seusai aku dewasa bisakah aku menjagamu,
Menjaga sebaik mungkin kau menjagaku,
Siang malammu kau korbankan,
Demi menjaga aku seorang,

Ibu,
Demi diriku juga kau tabahkan hatimu,
Walaupun aku sering kali menyakitinya,
Kau juga tidak pernah menonjolkannya,
Malah kau simpan sahaja dihatimu itu,

Ibu,
Bila aku dilanda masalah,
Kau sering berada di sisiku,
Berkongsi serta menenangkan hati gundahku,
Kau juga sentiasa memberi dorongan kepada diriku,

Ibu,
Sekiranya suatu hari nanti kau tiada,
Mampukah aku berdiri setinggi ini,
Mampukah aku menyelesaikan masalah sendiri,
Mampukah aku membalas jasamu yang dulunya kau korbankan,

Ibu,
Adanya hari istimewa ini,
Seluruh ibu di dunia bergembira,
Bergembira kerna jasa mereka diingati,
Dan bergembira kerna anak mereka masih menyayangi mereka,
Sebagaimana seorang ibu menyayangi anaknya,

SELAMAT HARI IBU....

p/s : puisi ini didedikasikan untuk mummyku yang tersayang dan juga ibu2 diseluruh negara.....
~ I LOVE U MUMMY ~

Isnin, 9 Mei 2011

Andai Itu Takdirnya !!!


Kau hadir tanpaku pinta,
Begitu senang kau bertapak di diri ini,
Mengapa ia terjadi?,
Sedangkan aku tak ingin,

Untuk pergi amatlah susah,
Satu persatu harus ku lakukan,
Sakitnya tak terperi,
Ingin sekali aku hindari,

Kehadiranmu juga membawa erti,
Erti tiada siapa yang tahu,
Andai itu takdirnya,
Bawalah aku pergi,

Jika sakit ini menghapus dosaku,
aku redha dengan ketentuan Ilahi,
Andai itu takdirnya,
Aku menanti dibawa pergi selamanya,

Isnin, 25 April 2011

Happy Birthday My Niece !!!!


April 24 lahirlah seorang puteri,
Puteri yang diberi nama Nur Alya Farisya,
Kini(2011)genap 3 tahun umurnya....



Orangnya kecil sekali,
Bijak dan pintar begitu sekali,
Anak orang tanah tinggi,
Bercerita dan menyanyi hobinya lagi,



Mamanya pandai berhias,
ke sana ke sini terserlah kecantikannya,
Begitu juga anaknya yang tersayang,
Takkan ke mana tanpa hiasan di diri,

Ayahnya pula cermat sekali,
Ke sana ke mari anaknya harus comel sentiasa,
Kemana-mana takkan tinggal anaknya,
Akan dibawa kemana jua,

Ahad hari yang bahagia,
Disambut dengan penuh gemerlipan cahaya,
Begitu juga dengan pesta hari lahirnya,
Disambut dengan pelbagai keriangan di muka,

Kini umurnya genap 3 tahun,
Membawa cahaya kegembiraan kepada mama dan ayahnya,
Selamat Hari Lahir Nur Alya Farisya,
Daripada Mummy&Abah tok sekeluarga.....

Sabtu, 23 April 2011

Teman yang dilupai....

Teman,
Aku fikir kau adalah teman sejatiku,
Kau selalu menyatakan yang aku sahabat sejatimu,
Kini kau bikin aku sedih tanpa sedikitpun kau sedari,
Aku sedar aku tidak layak untukmu teman,

Teman,
Tika kau sakit aku sering doakan kesihatanmu,
Diwaktu aku sakit pernahkah kau fikirkannya?,
Aku fikir kau tak pernah fikirkannya walaupun sedikit,
Malah kau bergembira dengan teman yang lain,

Teman,
Waktu kau senang kau tinggalkan aku,
Waktu kau susah kau mencari aku,
Bila kau sakit aku sentiasa bertanya khabar,
Bila aku sakit kau tidak pernah menelefon apatah lagi 'sms',

Teman,
Aku tahu yang aku tidak sebaikmu,
Aku juga tidak secantikmu,
Aku juga tidak se-popularmu,
Aku bukan mahukan semua itu teman,
Tapi aku cuma kau menghargaiku sebagai TEMANmu bukan hambamu...

Jumaat, 22 April 2011

Perdana Specialist Hospital !!!!!

hehhe...balik kepada sambungan cerita Terima Kasih, Thanks, Kamsahamnida, Salaamat, Xièxiè..!!!....hospital pakar perdana

Baiklah, sekembali aq dr klinik PC baru aq tahu yg tangan aq nie bahunya sedikit tercabut mengikut laporan x-ray yg dibuat di klinik tersebut. Mengikut doktor di sana aq kene refer kpd doktor oktopedik di hospital kb. Nak dibuat ceritanya aq bukan ke hospital kb tapi aq ke hospital perdana(swasta). Aq ke hospital perdana sbbnya cepat dan tak perlu buat oppointment dahulu mcm di hospital kb. Kalaula buat oppointment aq rasa seminggu kemudian baru aq dpt jumpa doktor. Alang2 aq ada insurans baik aq terus ke hospital swasta, cepat dan tangkas.

Waktu aq di hospital perdana aq berjumpa dgn doktor Shamsul Kahar Kamarul iaitu doktor ortopedik. Pertama kali aq terpandang doktor Shamsul ni mak aiiii, handsome giler!!!. Bukan doktor je tapi PA-PA di hospital perdana tu memang cantik2, dr kaunter pendaftaran sampailah nurse2 kt sana semuanya sama cantik sama padan. Kalau ikutkan panjang lg aq nk beritahu tentang staff2 kt sana tapi kt sini aq nk cite sal aq bukan sal dorang. Sambung ceritanya, bila aq jumpa doktor Shamsul aq mula la berbicara mengenai masalah tgn aq ni. Bila doktor tgk kembali x-ray yg dibawa oleh aq, doktorp0n suruh aq gerakkan tangan ke atas dan ke bawah tp aq tak boleh sbb sakit gler.

Doktor Shamsul beritahu aq yg bahu aq bukan tercabut tapi otot bahu aq terkoyak. Jadi doktorpun suh aq masuk wad selama dua hari. Mulai drpd hari itu aq diminta menjalani fisioterapi pd waktu pagi dan ptg. Mula2 doktor bawa aq masuk ke bilik physio, kira2 seramai 15 org kot yg berada di situ. Tapi yg uruskan aq hanya seorang shj iaitu kak Atiqah, seorang pelajar kolej KPJ. Kak Atiqah memang baik mcm yg lain juga semuanya baik2 belaka. Semua yg terlibat dgn bhg physio ini hanyalah dua org shj dan yg lain2 pula hanyalah pelajar yg sedang praktikum. Antara mereka semua yg paling rapat dan yg paling baik dgn aq ialah kak Atiqah, kak Wan, Kak Ina, dan Kak sunita. Mereka ini yg selalu bergurau dgn aq dan meyakinkan aq bahawa result MRI aq itu taklah teruk sgt walaupun doktor dh ckp ianya teruk.

Sebut tentang MRI ni, meh cni aq cite pengalaman aq dlm mesin gergasi itu. Hari kedua aq berada di wad aq diminta menjalani pemeriksaan MRI. MRI ini macam x-ray jgk tapi ia tak nmpk tulang malah ia nmpk daging2 di dlm. Pemeriksaan ini dilakukan supaya doktor dpt mengesan tahap kecederaan otot aq ini. Selama 3 jam aq berada dlm mesin MRI itu dan seincipun aq tak boleh bergerak sbb bila aq bergerak ujian itu akan dimulakan semula dr awal dan mengambil masa lebih lama dr yg dijangka.

Lepas siap semua pemeriksaan MRI itu keesokkan harinya waktu aq tgh buat physio doktor dtg bertemu aq dan menjelaskan tahap kecederaan itu kpd aq. Waktu itu aq rasa semacam je bila doktor ckp take a long time to recover. Tapi aq harus kuat dan aq harus lakukan apa yg disuruh oleh kakak2 yg buat physio aq. Antara physiotherapy yg dilakukan ialah menggunakan ais, tens/IT(current), ultrasound, dan exercisefee. Bila aq dh discaj wad aq diminta dtg pd tiap2 hari untk buat physio manakala dirumah juga aq boleh tapi menggunakan ais dan buat exercisefee je.

Begitulah rutin harian aq dan apa yg dilakukan aq di sana. Sebelum aq lupa, semua staff2 disana dan semua nurse disana tak kira student atau senior semuanya baik2 dan selalu tersenyum.

Ahad, 17 April 2011

Terima Kasih, Thanks, Kamsahamnida, Salaamat, Xièxiè..!!!

Dua minggu hampir berlalu sejak tangan kiriku ini tidak dapat digunakan atau langsung tidak bergerak. Tidak kira malam atau siang aq pasti akan menyeringai kesakitan. Kesakitan ini bukan berkurang malah akan bertambah sakit pd waktu malam lebih2 lg pd waktu aq nk tido, memang susah. Kadang2 aq langsung tak tido malam sebab nk tahan sakit, nk menangis cm budak lak tapi redha je la bila air mata itu kuar.

Bukan itu sahaja malah, disebabkan tangan aq nie susah nk bergerak dan tak boleh nk angkat benda2 berat mula la menyusahkan orang lain, terutama sekali mummy. Kesian mummy kena buat semua kerja(macamla sebelum ni aq rajin sgt), maksud aq kerja2 temeh spt bancuh air teh macam aq buat selalu. Tapi apakan daya bila semuanya mummy yg ambil alih, kekok pula rasanya, huhu. Banyak perkara yg aq tak dapat lakukan bila tangan aq tak dpt bergerak lebih2 lg nk menulis susah gler..tulisan aq sedikit berbeza walaupun aq menulis tangan kanan. Oh ya!! mesti korang semua nk tahukan kenapa tangan aq takleh nk bergerak. Haaaaaaa!!! ni ceritanya.

Dua minggu yg lalu pulang shj dari rumah uncle aq yg isterinya ketika itu sdg mengandung ank yg ke-4(beberapa hr sbelom bersalin) aq ke pasaraya Nirwana bersama mummy, abah n adam(cousin aq yg tomel). Seperti biasa setiap pasaraya mesti ada escalator tapi yg peliknya cousin aq yg berumur 5 tahun itu menjerit ketakutan untuk menaiki escalator tersebut(macam tak pernah naik lak). Aq hanya membiarkan jeritan itu kerna dia dh pun diatas escalator bersama abah. Tapi nk dijadikan ceritanya, adam ni waktu nk turun ke parking kereta dia dlm sekelip mata melompat ke atas aq untk didukung dihadapan escalator dan betapa ramainya orang di belakang aq waktu itu. Tanpa sempat berkata apa2 aq terus mengangkatnya dgn keadaan tubuh serta tangan aq dlm kedudukan yg tak betul. Dan pd malam itu juga aq dh mengalami kesakitan yg dipanggil lenguh pelik(simptom pertama). Hari demi hari tangan aq tak boleh nk diangkat apatah lg digerakkan. Oleh kerana itu juga aq diberi cuti oleh doktor panel selama 2 hari. dan cuti aq disambung menjadi 10 hari oleh doktor pakar KBMC.

Sejak pd hari itu mummy, abah, abe wea tak benarkan aq melakukan kerja berat walaupun basuh pinggan, haha4. Walaubagaimanapun, aq begitu berterima kasih kpd mereka yg sanggup menjaga aq yg dlm kesakitan ini. Tiada apa yg dapat dibandingkan dgn bantuan yg diberi mereka. Terima kasih mummy&abah yg sanggup bawa adik ke hospital KBMC dan kena bayar sebanyak rm320.00 untuk x-ray tapi boleh claim dgn prudential, hehe. Terima kasih abe wea sebab marah adik tido lewat walopun doktor bg cuti. Terima kasih kak uyu sebab sanggup balik dr penang ke kelantan. Terima kasih umi&family sebab risaukan adik. Terima kasih semua sebab mengambil berat tentang adik. Terima kasih zizie sebab sentiasa memberi semangat kpd yaa. Tak lupa jugak DOKTOR ABANG KILAT ABANG YAT(KBMC), DOKTOR HJ RAJA MOHAMMAD RAJA KADIR(PC), Terima kasih...hehe

THANK YOU FOR CARE BOUT ME
THANK YOU FOR THINK BOUT ME
THANK YOU FOR EVERYTHING
I LOVE ALL MY FAMILY

p/s ae. chik tulum check grammar...

Jumaat, 15 April 2011

Air Mata Seorang Wanita..

Kenapa perempuan mudah menangis?

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

Jumaat, 8 April 2011

~ Untukmu Adam&Hawa ~

Adam...

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Dan

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

- Artikel iluvislam.com

Isnin, 4 April 2011

Nota Cinta..!!!

Allah....

Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.

Allah...

Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.

Allah...

Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu,


p/s: petikan ILUVISLAM.....

Ahad, 3 April 2011

Cinta Cahaya Iman....

Cinta datang pada Iman

Tangannya tidak henti menarik rumput di tepinya. Melepaskan gelora di jiwa, menahan air mata yang berdosa itu menitis lagi. Imannya meronta-ronta kerana kalah pada nafsu yang yang tengah bersorak gembira.

"Maafkan aku wahai iman," Nurul Iman bermonolog sendirian.

Tidak dapat diseka lagi air mata jernih itu jatuh. Iman diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat dalam dirinya. Ya, sebelum ini bukannya dia tidak tahu tapi kehendak nafsu itu lebih diutamakan. Itulah Nurul Iman pelajar Tahun satu dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab. Seorang pelajar yang hebat berkata di pentas perjuangan. Dia juga barisan kepimpinan dakwah di situ. Hebatnya Iman dalam perjuangan memberi suntikan semangat kepada akhawat yang lain.

Tetapi Iman tewas pada satu persada yang lain. Air mata Iman jatuh lagi mengenangkan kebodohan diri sendiri. Mengenangkan kembali saat perkenalan dengan seorang lelaki sewaktu Iman menjalani kem Perkasa Diri selepas SPM. Ketika itu, Iman hanyalah perempuan biasa yang baru mengenali erti kehidupan di luar sana. Di kem itu banyak mengajar Iman ketika berjauhan dengan keluarga.

Kenalnya Iman pada lelaki itu kerana dia merupakan peserta aktif dalam dakwah di situ. Memang lelaki itu baik, mana tidaknya dialah imam di surau, dialah mengetuai majlis ta'lim, dialah yang menganjurkan aktiviti-aktiviti di surau untuk menarik hati peserta untuk ke surau. Hati Iman terjentik pada kebaikan yang dia lakukan.

"Siapa nama awak?", dia mula bertanyakan Iman ketika dalam satu aktiviti kumpulan. Iman hanya menghulurkan sebuah buku pada dia yang tertulis namanya di situ.

"Nama awak seperti awak", dia memulakan bicara. Iman hanya tersenyum ketika itu.

"Nama saya Hafiz Ad-Din, panggil saje Hafiz. Awak memang tak banyak bercakap ker?"

"Bukanlah, saya memang macam ni, saya tak kenal awak, buat ape saya nak cakap dengan awak." Iman berkata jujur. Memang Iman begitu, hanya bercakap apabila perlu sahaja. Tetapi apabila Iman bersuara, semuanya kaku mendengar bicaranya.

Pada saat itulah Iman mula mengenali insan bernama Hafiz. Iman mungkin menganggap dia sebagai sahabat, tapi Hafiz cuba mencuri hati Iman. Hafiz tahu sukarnya dia mendekati insan yang bernama Nurul Iman.

Ketika hari terakhir di kem itu, Iman mula merasai niat Hafiz pada dirinya. Iman mula merasa serba salah tentang perasaan itu. Dia sendiri pun tidak memahami perasaan hatinya ketika itu. Iman menulis sepucuk surat pada Hafiz. Dalam surat itu pena Iman menulis..

Salam sahabat,
Jodoh itu satu ketentuan dari Ilahi,
Usahlah awak bimbang dengan ketentuan itu,
Andainya saya milik awak, saya tetap milik awak suatu hari nanti,
Tapi andainya saya bukan untuk awak..
Ingat, ketentuan Allah itu terselit sejuta hikmah,
Yang lebih baik itu sedang menanti awak..
Syukran atas persahabatan ini =)

~Nurul Iman Abd Majid~

Iman menghulurkan surat itu pada dia dengan seribu harapan yang tercipta agar dia mengerti isi hatinya.

''Terima kasih, jaga diri baik-baik. Kalau rindu, tengok bulan," Hafiz hanya melihat wajah lembut Iman. Baginya Iman adalah segalanya. Dia tekad mahu menjadikan Iman zaujahnya satu hari nanti.

Iman tidak mampu berkata-kata. Iman tidak faham akan perasaannya. Adakah hatinya sudah mencintai dia.........

Sekarang sudah dua tahun dia mengenali haffiz. Walaupun masing-masing berada di jalan juang yang berbeza tetapi Iman dan Haffiz kerap berhubungan melalui telefon. Iman mula menerima cinta Haffiz dengan harapan dialah zaujun dia suatu hari nanti. Iman bukan tidak tahu cinta sebelum nikah ini lebih lebih menjerumuskan kepada zina. Itulah Iman, sentiasa kalah pada mujahadah nafsu.

Kadang-kadang dia cuba mengelak dari menjawab panggilan dan SMS daripada Haffiz. Iman juga cuba terangkan kepada Haffiz perhubungan yang disyariatkan dalam Islam. Iman kaku kerana dia tahu dia banyak melukakan hati Haffiz secara tidak langsung.

"Seorang lelaki yang baik, dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai itu bersama-sama melakukan dosa". Iman terpaku mendengar ceramah ''Manisnya Cinta selepas Nikah".

Jikalau benar Haffiz itu mencintai dirinya, kenapa dia tidak pernah terfikir perhubungan seperti ini akan banyak mengundang dosa. Iman tidak mahu baitul muslim yang dibina atas perhubungan yang tidak diredhai.

Iman tidak pernah putus berdoa andainya Haffiz itu terbaik untuk dirinya dunia dan akhirat, Iman memohon petunjuk daripada Allah. Tetapi seandainya dia bukan jodohnya, Iman memohon agar Allah memberi petunjuk untuk menjauhkan diri dari dia tanpa melukakan hatinya.

Cinta Memakan Hati Iman

Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi. Hidup sebagai pelajar siswazah memang tidak lari dari tugasan-tugasan yang melambak. Iman nekad pada dirinya, perjuangan dalam menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Sebab itu Iman mampu menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan pada waktunya walaupun begitu banyak amanah yang terpikul di bahunya. Iman memang bijak meletakkan kewajipan pada tempatnya. Iman tidak mahu orang berkata, orang itu hebat dalam berdakwah, tapi dalam kelas pun tidur.

Mata Iman sudah mula mengantuk, dia menutup laptopnya dan mengemas semua buku-buku sebelum tidur. Iman ke tandas untuk menggosok gigi dan mengambil wudhu'. Sekembalinya dia ke bilik, dia melihat skrin handpnone menyala. Dia melihat satu panggilan tidak dijawab.

Iman pelik kenapa dia menelefon pada waktu begini. Hati Iman mula sedih, kenapa dia tegar menelefon pada waktu sebegini. Iman memandang jam hampir pukul 2 pagi. Iman mula merasakan hatinya semakin jauh. Iman cuba menjaga perhubungan itu tetapi kenapa dia langsung tidak mengerti.. aduhai awak..

Bunyi jam loceng mengejutkan Iman. Iman bangun untuk menunaikan solat malam. Hatinya lebih tenang. Memang benar, bila mengingati Allah hati kita menjadi tenang. Disaat itu Iman mengadu segala masalah kepada Sang Pencipta. Iman menangis semahunya ketika dahi bertemu sejadah cinta.

Iman bersiap untuk ke kuliah seperti biasa. Iman kelihatan bersemangat hari itu. Jam menunjukkan pukul 7.20pagi. Iman mengambil sekeping roti yang disapu dengan jem sebagai pengalas perut. Tiba-tiba handphone Iman berbunyi. Melihat di skrin telefon itu "Haffiz is calling....."

Iman menjawab panggilan telefon itu.

"assalamualaikum Iman, apa khabar? Ada satu perkara saya nak bagitahu awak.." Haffiz memulakan bicara.

"waalaikumussalam, Alhamdulillah, saya ok jer. Hmm..ada ape? Maaf, semalam saya dah tido," Iman menjawab dengan bersahaja. Dalam hatinya memohon istighfar kerana menipu pada waktu itu.

"maaf mengganggu awak, saya nak bagitau awak yang saya tak boleh tidur semalam. Saya sakit, saya takut. Saya nak mintak maaf kat awak." Kedengaran suara Haffiz yang seperti tersedu sedan.

"syafakallah, ye ke..maafkan saya. Saya tak tahu. Tapi kenapa nak mintak maaf kat saya?"

"saya bersalah kat awak. Saya tipu awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Saya berhubungan dengan orang lain. Saya tak tahu kenapa saya terima dia dulu sedangkan saya dah ada awak. Saya takut saya mati nanti saya tak sempat nak mintak maaf kat awak."

Hati Iman mula meronta-ronta.. hatinya bagaikan dicarik-carik. Iman tidak akan menitiskan air mata dihadapan lelaki.

"Iman, saya sayangkan awak. Saya mengimpikan awak menjadi zaujah saya satu hari nanti. Sebab tu saya taknak bagitahu awak..tapi saya tahu awak tak suka kan saya. Saya budak jahat.. tak sesuai dengan orang baik macam awak."

"saya tak tahu nak cakap apa lagi, semua dah terjawab. Terima kasih untuk semuanya. Saya harap awak menjaga hubungan awak dengan dia."

"Mesti awak tak sedih, sebab awak memang tak sayangkan saya. Saya terima semua tu. Tapi saya nak awak tahu saya tetap mengharapkan awak".

Hati Iman berkata, "saya dah mula sayangkan awak......"

Iman tidak tahan lagi, dia berlari ke tandas, tumpasnya air mata seorang mujahidah kerana seorang lelaki.......... Iman tewas.

"Iman, jangan biarkan air mata tu menitis lagi." Solehah menyapa Iman dari belakang mengejutkan Iman dari lamunan di tepi padang. Memang sudah lama Iman berada di situ. Seusai solat Asar di masjid tadi, Iman terus turun ke padang. Tempatnya mencari ilham sumber kekuatan diri.

"Solehah, Iman rasa berdosa sangat, Iman tewas..Iman tewas.. tewas pada nafsu sendiri. Kenapa Iman boleh menangis kerana seorang lelaki. Teruk lagi, Iman ditipu lelaki. Iman bodoh sangat.."

"Iman, muslimah yang sejati takkan sekali-kali mengalah. Ini tarbiyah dari Allah untuk Iman. Masa nie lah Iman dapat memperbaiki diri dengan memandang masa lampau itu sebagai tiket untuk Iman berubah."

Solehah sahabat Iman sejak mereka asasi lagi. Segala masalah mereka berkongsi bersama. Sebelum ini Solehah selalu menasihatkan Iman meninggalkan Haffiz. Tapi Iman meyakinkan Solehah yang dia mampu menjaga perhubungan itu. Hebatnya persahabatan mereka. Solehah tidak pernah meninggalkan Iman walaupun dia tahu kemenangan pada pihaknya. Bahkan Solehah turut menyelami kesedihan yang Iman rasa.

"terima kasih awak sebab jadi sahabat saya," Iman memeluk Solehah tanda dia terlalu menyayangi sahabatnya seikhlas hati.

Hati Iman berasa sangat bersyukur kerana disebalik hikmah kejadian yang berlaku, rupanya itulah jawapan untuk doanya selama ini. Jawapan yang Allah berikan itu, banyak mengubah Iman. Subhanallah, percaturan Allah memang hebat!! Iman sujud syukur atas hikmat tarbiyah yang diterima.

Iman meneruskan perjuangannya

"Asif, ana tidak setuju kalau enta buat keputusan untuk menggunakan peraturan mengenakan denda kepada mereka yang tidak bertudung labuh." Iman tegas bersuara dalam mesyuarat pimpinan dakwah. Keadaan kolej mereka yang semakin lama semakin teruk permasalahan sosial disitu. Masalah ini meyebabkan semua orang memandang kepada pimpinan dakwah untuk mencari punca penyelesaian.

"Kalo begitu apa yang jalan yang terbaik enti fikirkan?" soal Mujahid kepada Iman setelah pandangannya ditolak mentah-mentah oleh Iman.

Siapa tidak kenal Mujahid di Kolej itu. Memegang taklifan sebagai presiden dakwah dan seorang dalam ilmu agamanya. Kalo dalam mesyuarat, Iman dan Mujahid sering sahaja berbeza pendapat. Apa tidaknya Mujahid sering menggunakan kekerasan menyebabkan Iman kurang setuju dengan Mujahid.

"Ana cadangkan kita membuat liqo' kubro bersama semua nuqaba' sebab bagi ana usrah itu memainkan peranan yang amat penting dalam masalah ini. cuba enta lihat, usrah di sini semakin hambar. Ramai yang tidak melaksanakan usrah. Jadi, ana nak kita perkasakan usrah semula. Tarbiyah perlu ditanam dalam diri setiap nuqaba'." Iman memandang setiap pimpinan dengan harapan mereka memahami.

Maisarah mengangkat tangan untuk memberi pendapat. Mujahid hanya mengangguk untuk membenarkan Maisarah bersuara.

" Ana lihat sekarang kita hanya memikirkan dakwah umum sahaja. Banyak program yang kita laksanakan sebelum ini, Nampak besar tapi tidak memberi tarbiyah yang khusus pada nuqaba' sendiri. Lagipun kita hanya melaksanakan program-program tradisi yang mana senior-senior kita lakukan. Apa kata sekarang kita perkukuhkan tarbiyah pada nuqaba' sahaja. Maksud ana kita melaksanakan program-program yang biasa sahaja tetapi berterusan dan istiqamah. "

"Betul tu, kita menjadikan program yang biasa itu luar biasa," Iman mencelah.

Hampir dua jam mereka bermesyuarat. Memikirkan masalah ummat memang memerlukan yang lama untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sebab itu Islam menganjurkan syura. Syura itu sunnah dan banyak barakah yang terkandung di dalamnya tetapi seadainya disalahgunakan ia boleh mengundang dosa.

"Kak Iman memang hebat memberi idea, kami pun nak jadi macam akak," Anis bersuara sewaktu pulang bersama-sama.

"akak tak hebat, akak banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Dalam perjuangan ini, kita harus kental dan kuat. Muslimah ada hak untuk bersuara tetapi ada batas-batasnya. Akak nak jadi seperti Khaulah Al-Azwar yang hebat pergi berperang bersama-sama sahabat Rasulullah." Iman menarik nafas mengenangkan dosa-dosa yang menyelimuti dirinya.

Hati Iman berbicara, "wahai adik-adikku, akak pernah tewas.."

Masa terus berlalu. Iman semakin matang dalam hidupnya. Meniti hidup ini perlu berhati-hati kerana kita tidak tahu apa rencana Allah kepada kita. Rencana untuk menguji hambaNya.

Setelah selesai solat zohor di masjid, Iman mendengar ta'lim daripada iman solat zohor tadi. Sejuk hati mendengar ta'lim berkenaan kepentingan solat berjemaah di masjid. Banyak fadhilatnya bagi mereka yang berjemaah. Sesuangguhnya semua ini adalah hidayah dari Allah. Iman bersyukur dengan hidayah Allah kurniakan kepada dia selama hari ini.

Iman mengenali suara yang memberi ta'lim hari itu. Siapa lagi kalau bukan Mujahid Al Firdaus. Di dalam kelas, mereka tidak pernah bersuara melainkan dalam mesyuarat sahaja kerana masing-masing memegang taklifan. Itulah Mujahid, berbeza di dalam kelas dan di dalam mesyuarat. Di dalam kelas Mujahid banyak berdiam diri dan menghabiskan masanya dengan membaca buku dan melayari internet.. Iman tidak nafikan kehebatan Mujahid... Dia memang hebat..

"Kalo jodoh Iman dengan Mujahid macam mana?" soal Solehah ketika kami selesai menunaikan solat Dhuha bersama.

"Ish, mana ada Solehah. Nie mesti tepengaruh dengan gossip liar kan. Saya mana layak Solehah. Awak pun tahun saya ni bukan perempuan baik."

"Iman, jodoh itu ketentuan Allah. Mungkin Iman tidak dengan dia tapi Allah menggantikan Mujahid untuk awak yang jauh lebih baik." Solehah tersenyum melihat wajah lembut Iman. Muslimah ini terlalu istimewa di mata Solehah. Kelembutan wajahnya memang menggambarkan kelembutan hatinya. Solehah amat mengenali isi hati sahabatnya itu.

"Dah Solehah. Saya serahkan jodoh saya seratus peratus pada Ilahi. Ikhlas saya cakap, hati saya dah tertutup untuk mana-mana lelaki." Iman menegaskan pendiriannya. Dia merasakan dirinya terlalu kotor mengenangkan dosa-dosa yang lampau.

Iman berdoa agar Allah tidak menguji hatinya lagi. Dia mengakui kehebatan mujahid tetapi mujahid belum dapat memenangi hati Iman. Iman bersyukur kerana Allah memegang hatinya. Bagi Iman cinta Ilahi itu cinta adalah segala-galanya.

Hidup Iman di kampus banyak dihabiskan dengan belajar, usrah dan persatuan. Di hujung minggu pula masa Iman terisi dengan daurah-daurah dan program pengisian rohani. Rupanya selama ini hati yang kosong itu dahagakan ilmu dan santapan rohani. Iman tidak pernah mengeluh hidupnya seperti tiada masa untuk berehat. Ya, seorang mujahidah memang tiada masa untuk berpangku tangan. Iman menggelarkan dirinya sebagai Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Dia tekad..

Iman sangat takut pada kalam Allah yang menjanjikan kemurkaan yang amat besar bagi mereka yang perkatakan apa yang mereka tidak lakukan. Sebab itu Iman lebih berhati-hati dengan apa yang diperkatakan. Meraih syurga Allah itu terlalu sukar, memerlukan pengorbanan yang lebih. Iman mengimpikan syahidah di jalan Allah...

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

Tett..tett.tett... mesej handphone Iman berbunyi..

Salam, awak apa khabar? Saya rindukan awak. Saya tetap menanti awak. Andainya awak mengerti isi hati saya... maafkan saya mengganggu awak..

~Haffiz ad Din~

Iman cepat-cepat memadamkan mesej itu dari Inbox mesejnya. Ya Allah, dugaan apa lagi yang engkau berikan kepada hambaMu ini. Maaf Haffiz, Nurul Iman hari ini bukan seperti Nurul Iman yang awak kenal. Wahai hati, janganlah engkau menyerah diri lagi.

Iman membuka laptopnya. Pada mulanya dia ingin meng 'update' blog kesayangannya. Tapi tiba-tiba moodnya hilang. Dia membuka bacaan surah Al-Imran. Mendengar alunan kalam Allah membuat hatinya tenang.

Malam itu Iman keseorangan, roommate Iman pulang ke kampung. Kadang-kadang Iman cemburu dengan rakan biliknya setiap minggu pulang ke kampung. Apa tidaknya, Negeri Sembilan dengan Selangor tidak ada jauhnya pun. Keluarga Iman di Terengganu. Kalau cuti panjang baru lah Iman pulang ke kampong.

Siapa tidak rindu untuk balik ke kampung. Mengenangkan ayah bonda di kampung membuatkan Iman besemangat nak belajar. Pengorbanan ibu ayahnya tiada tandingnya. Iman bukanlah asal dari keluarga yang senang.Tetapi kesenangan itu tidak menjamin kebahagiaan andai jauh dengan Allah.

"Maaf Iman, itu buku saya,"

"Oh ye ke, maafkan saya. Saya ingat buku untuk dipinjam. Bagus sangat buku ni.terima kasih ea."

"xpe, maafkan saya. Sebenarnya semalam saya tertinggal buku ni di sini." Boleh saya nak buku tu, sebenarnya senior yang punya."

"ok, maafkan saya." Iman menghulurkan buku itu kepada Ameer Mukhlis.

Iman kenal dia disebabkan mereka satu batch. Ameer mukhlis hanya seorang pelajar yang biasa saja. Dia bukan pelajar kos agama tetapi penampilan dia seperti seorang ustaz. Mungkin itu keistimewaan ameer. Ameer pernah bersuara mengatakan pelajar-pelajar kos agama tidak menunjukkan tingkah laku sebagai budak agama. Ya, dia memang berani..

Iman sering mendengar kisah Ameer melalui sahabat-sahabatnya yang tidak berpuas hati dengan dia. Iman memang tidak suka melayan perkara yang remeh-temeh seperti ini. Bagi Iman mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Ameer. Iman akui zon selesa yang mereka berada sekarang.

Iman pun hairan melihat sahabat-sahabat kos agamanya yang perwatakan seperti bukan budak-budak kos agama. Diorang sering menggunakan alasan, cara mereka itu adalah untuk mendekati pelajar-pelajar yang bukan kos agama. Tapi Iman hairan, kalau mahu berdakwah sekalipun kenapa perlu sampai hendak pergi solat berjemaah di masjid pun susah.

Lebih mengaibkan budak-budak bukan kos agama yang mengajak mereka. Itu yang Iman kesal dengan sesetengah dengan sahabat mereka.

"Kak Iman, tunggu kejap." Suara Anis memanggil Iman dari belakang.

"Ye Anis, ada apa?" Iman tersenyum melihat Anis yang tercungap-cungap seperti tergesa-gesa.

"Satu kolej anis cari akak, tak jumpa. Rupanya akak di perpustakaan. Akak off handphone ea."

"Ya Allah, ye ke. Maafkan akak. Handphone akak tak de bateri. Kenapa ni Anis?"

"Anis Cuma nak serahkan senarai nama naqib dan naqibah baru. Anis dah taip semula nama, kos dan nombor telefon diorang. Muslimin dan muslimat ada sekali. Jadi, Anis nak mintak akak tolong bagikan yang senarai muslimin kepada akh Mujahid ea. Lagipun akak sekelas dengan dia." Anis tersenyum sinis kepada Iman.

"tak pe, nanti akak bagi kat dia, lagipun lagi setengah jam akak ada kelas.Terima kasih ea Anis." Iman membalas senyuman Anis walaupun dia tahu isi tersirat disebalik senyuman Anis.

Iman meletakkan buku "Siapa Dia Dihatimu" oleh Ust Pahrol. Dia memang penggemar buku Ustaz Pahrol. Bagi Iman, setiap bicara Ustaz Pahrol dalam bukunya seperti berbicara dengan isi hatinya. Iman memang begitu. Sering mengaitkan dengan sesuatu. Iman teringat sewaktu mesyuarat pimpinan dakwah petang tadi. Dia tidak mengerti kenapa hatinya tersentuh ketika nama itu disebut.

"Ana nak maklumkan dua orang bakal naqib terpaksa dibuang kerana mereka tak bersedia untuk menerima amanah ini. Mereka itu ialah Muhammad Muaz dan Ameer Mukhlis. Ana sudah bertemu dengan mereka dan mereka betul-betul tolak sebab mereka rasa mereka belum layak lagi." Mujahid menerangkan kepada pimpinan semua.

Iman hanya terdiam mendengar penerangan Mujahid. Iman hairan kenapa hatinya berubah ketika nama Ameer Mukhlis disebut oleh Mujahid. Cepat-cepat Iman memohon istighfar.

"Iman, jauh termenung.. dah pecah tembok cina tuh.."Farah cuba mengejutkan Iman dari lamunan.

"Astaghfirullah.. lain kali bagilah salam dulu..nasib baik saya ni tak de sakit jantung kronik." Iman menunjukkan muka geram kepada rakan biliknya yang suka mengusik itu.

"Nurul Iman, saya ni roommate awak. Dari tadi saya duduk kat meja saya tuh. Ni mesti tengah mengelamun pasal Mujahid kan..oppss.. terlepas sudah..hahaha." Farah ketawa dan Iman terus mencubit manja pipi sahabatnya itu.

" Yelah, yelah.. taknak buat dah. Bukan mujahid tapi Mak Jah jual kuih kat café tu kan.." farah cuba berdalih walaupun memang dia suka sangat melihat telatah Iman kalau nama Mujahid disebut.

"Ha'ah, rindu kat karipap Mak Jah.." Iman mencebik mulut kepada Farah.

"Maaf wahai Puteri Nurul Iman. Ana mahu pinjam mouse lah. Entah kenapa mouse tiba-tiba tak boleh guna."

"laa ye ke.. kenapa tak habaq dari tadi. Ambil lah dalam beg laptop atas katil tue." Iman menunjukkan beg laptopnya itu.

"Ok, syukran Iman. Luv u bebeh." Farah memeluk Iman sekuat hatinya.

"Yelah, yelah, saya pun sayangkan awak dunia akhirat. Awak roommate yang terbaik!!" Iman membalas pelukan Farah dan mencubit pipi gebu Farah.

Apa kesudahan Iman

Sekarang Iman sudah berada di semester terakhir. Iman sudah bertambah matang dengan usianya yang sudah menjangkau 23 tahun. Iman telah menolak lamaran Mujahid setahun lepas. Bagi Iman jawapan istikharahnya bukan Mujahid tetapi orang lain. Iman tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang isi hatinya.

Hampir dua tahun lebih Iman memendam perasaannya itu. Baginya mencintai dalam diam itu lebih indah dan terjaga. Tetapi bisakah dia mengetahui...

Keyakinan Iman kepada Allah terlalu tinggi kerana baginya Allah itu sentiasa dihatinya dan hanya Allah sahaja yang layak menentukan siapa pemilik cintanya. Setiap kali berdoa, dia sering berdoa, Ya Allah, seandainya Ameer Mukhlis itu terbaik untuk dirinya dan memberi kebaikan di dunia dan di akhirat, Engkau berilah aku petunjukMu.

Tetapi seandainya Ameer Mukhlis itu bukan yang terbaik, tidak memberi sebarang kebaikan di dunia dan diakhirat, Engkau jauhilah hatinya dan hatiku. Engkau jadilah aku redha menerima ketentuanMu..

Iman tahu di usia sebegini, dia perlu memikirkan soal jodoh. Sahabat-sahabatnya juga ramai yang sudah mendirikan baitul muslim. Iman pernah juga bertanyakan sahabat-sahabat tentang Ameer Mukhlis sudah berpunya atau belum. Ramai yang berkata dia sudah berpunya. Iman tidak tahu kenapa perasaan hatinya kepada Ameer Mukhlis begitu kuat sehinggakan langsung tidak pudar perasaannnya walaupun ramai yang berkata sedemikian. Mungkinkah ini kesannya jika mencintai dalam diam. Iman redha andai itu bukan untuk dirinya.

Setelah mengaminkan doa seusai solat dhuha, tiba-tiba handphone Iman berbunyi..

"Assalamualaikum, Iman apa khabar?" Suara Kak Mariam menyapa Iman dalam telefon.

"Waalaikumussalam, Alhamdulillah..baru je baik daripada demam. Akak sihat? Sejak-sejak akak dah berumah tangga nie, jarang dah kita berhubung.." Iman menunjukkan kesedihan pada Kak Mariam yang baru bergelar zaujah kepada Muaz, rakan sekelas Iman.

Kak Mariam seorang muslimat yang berani. Iman yang menjadi orang tengah untuk menyampaikan hasrat kak Mariam kepada Muaz. Walaupun Kak Mariam tua setahun daripada Muaz, tetapi usia tidak menjadi penghalang seperti mana cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Tidak sangka, Muaz juga menaruh harapan kepada kak Mariam. Selama ini mereka hanya memendam rasa. Hikmah daripada Allah itu terlalu indah.

"Alhamdulillah, akak sihat walafiat. Biasalah Iman, bila sudah bergelar isteri. Tanggunggjawab itu besar sangat. Sebagai isteri dan sebagai seorang da'ieah. Tapi Alhamdulillah, zaujun akak satu fikrah dengan akak. Memudahkan misi dakwah kami. Hmm.. akak ada hajat besar untuk Iman ni.." kak Mariam menyatakan hajatnya kepada Iman.

"Iman pun mengharapkan zaujun satu fikrah dengan Iman. Mungkin Allah tahu Iman belum lagi bersedia menjadi zaujah solehah. Sebab tu, Iman belum lagi menemui pemilik cinta untuk menemani sepanjang perjuangan nie. Akak nak bagitahu hajat apa?" Iman meluahkan isi hatinya kepada Kak Mariam.

" Seorang ikhwah ingin khitbah Iman. Dia menyatakan hasratnya kepada zaujun akak. Akak rasa Iman pun kenal dia."

Hati Iman kelu mendengar. Adakah doanya tadi telah terjawab..

"Siapa akak?" Iman ingin mengetahui siapa gerangannya itu.

"Maaf Iman, dia tidak benarkan akak memberitahu siapa dirinya. Tapi dia nak maklumkan kepada Iman yang minggu depan dia akan pergi ke kampung Iman untuk menghantar rombongan meminang." Kak Mariam menjelaskan kepada Iman hasrat ikhwah tersebut.

"Baiklah, Iman terima dia pergi meminang Iman minggu depan." Iman sendiri tidak tahu kenapa dia yakin dengan lamaran itu.

"Iman jangan risau, dia satu fikrah dengan kita. Insya Allah, akak melihat dia sesuai dengan Iman."

"Insya Allah akak. Iman mengharapkan begitu juga." Hati Iman masih lagi tertanya-tanya siapa dirinya. Mungkinkah.....


p/s : petikan dr ILUVISLAM.....anda yg tentukan apakah pengakhirannya

Sabtu, 2 April 2011

Dimanaku cari ganti dirimu wahai SRIKANDI ?

Dirimu tiada lagi di dunia ini,
Tapi namamu menjadi sebutan manusia kini,
Jihadmu menjadi pembakar semangat anak muda-mudi,
Memperjuangkan agama yang pasti,

Sumayyah,
Engkau hamba yang berani,
Berani mempertahankan akidah diri,
Bentuk seksaanmu tidak terperi,
Turut diseksa anak serta suami,

Sumayyah,
Engkau diseksa oleh tuanmu sendiri,
Seksaan itu kerana kemarahannya kepadamu,
Diseret, dijemur, dan dipukul tanpa belas kasihan,
Padang pasir menjadi saksi kejadian,

Sumayyah,
Tidak cukup dengan penyeksaan itu,
Engkau sekali lagi dihukum tanpa segan silu,
Di tikam dengan tombak tepat dihulu hatimu,
Oleh manusia yang bernama Abu Jahal yang dilaknati,

Sumayyah,
Walau engkau dipaksa meninggalkan agama ini,
Engkau masih tidak peduli,
Kerana engkau pasti dengan agama ini,
Engkau mati dengan syahid yang suci,

Sumayyah,
Engkau perjuangkan agama ini,
Demi mencari keredhaan Ilahi,
Engkau juga menjadi SRIKANDI,
Dan engkau juga menjadi sejarah yang abadi lagi diingati,

Sumayyah,
Engkau meninggalkan duniawi,
Tapi masihkah punya wanita sejati?,
Wanita yang sanggup mempertahankan iman dan akidah diri,

Sabtu, 26 Mac 2011

Rahsia sekeping hati !!!

Seharian bergembira dengan hati yang tenang,
Menjelang senja tanda hari mahu malam,
Aku berdiri mendongak ke arah bulan,
Di kotak fikiran ini bercelaru tanpa haluan,

Sekeping hati berkocak hebat tanpa halangan,
Menunjukkan aku dilanda satu gangguan,
Hati ini juga berkocak bagai tidak mahu ada pengakhiran,
Apakah ini dipanggil suratan ?,

Hari demi hari aku nantikan,
Memikirkan apa yang bakal melanda,
Penantian yang mendatangkan seribu satu kerisauan,
Fikiran ini juga melayang tanpa haluan,

Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku,
Yang mengetahui hanya Dia yang SATU,
Adakah ini dipanggil sebagai suratan takdir?,
Atau inikah yang dinamakan rahsia sekeping hati?

Isnin, 21 Mac 2011

Ce citer- Ce citer....

Arrgghh !!!!!!! tensionnya EB beberapa minggu nie....buhsan dibuatnya. EB sendirip0n fening dgn masalah EB nie, samaada masalah pembelajaran@kelas dan masalah sakit yg dtg tanpa diundang ini. Mengeluh !!! yes, itu yg selalu EB buat bila EB buhsan atau otak tak berfungsi dgn idea2 gler EB. 0k !! straight to the point, EB nk luahkan semuanya kt cni sbb blog adalah tempat EB menulis so, poems or anything else EB ketepikan dahulu sbb EB takde idea nk buat.

1st problem.......{masalah pembelajaran@kelas},
~ Tahun nie EB sudah menjangkau umur 16 tahun, ia bermakna EB sudah berada di form4 dan EB berada dlm kelas SCIENCE. Mula2 masuk kelas memang top lebih2 lg sekelas dgn bdk2 pandai yg dulunya kelas bestari. Harap maklumlah dulu masa form3 EB dikelas gemilang so, kurang bergaul dgn bdk2 bestari nie, bkn nk kutuk tapi memang kenyataan sebenar yg mereka kurang bergaul dgn bdk2 cam EB nie.

~ Pada waktu EB form3 dulu, form3 terbahagi kpd 2 bahagian :-
1) kelas bestari-kelas bestari hanya mempunyai dua kelas sahaja iaitu 3 bestari 1 dan 3 bestari 2
2) Kelas gemilang- kelas gemilang pula mempunyai 6 buah kelas semuanya iaitu 3 gemilang 1, 3 gemilang 2, 3 gemilang 3, 3 gemilang 4, 3 gemilang 5 dan 3 gemilang 6.

~ kalau digabungkan kesemua kelas diatas ia bermakna mempunyai 8buah kelas kesemuanya dan bermakna EB berada di kelas yg ke-5 jika kesemua kelas digabungkan sbb EB dlm kelas 3 gemilang 3 jauh sgt2 dgn kelas bestari. Tapi bagi EB kelas yg paling sporting sekali selama 4 tahun EB di sekolah tue EB rasa sewaktu EB dikelas 3 gemilang 3. terlalu banyak kenangan EB dikelas tu. semua pelajar sporting dan saling mengambil berat. Ini sebabnya bila salah seorang dr kami gagal dlm pelajaran tanpa segan silu diaorg menghulur bantuan. Guru2 yg mengajar 3 gemilang 3 juga adalah yg paling the best sekali berbanding ckg2 EB yg pernah mengajar EB. dalam kelas itu juga tercipta satu jalinan persahabatan antara EB dan kawan2 baik EB iaitu rina dan yuni, they're the best friends forever dlm hidup EB. tak pernah EB rasa dihargai sebegitu oleh kawan2 EB, mereka selalu ambil berat tentang EB tak kira waktu EB susah atau senang semuanya EB berkongsi dgn mereka.

~ Selain drpd itu, kelas EB juga adalah yg terbaik sbb semua ckg2 bangga dgn kitaorg semua. Walaupun kelas EB kelas yg ke-5 markah ujian kami melebihi drpd markah ujian bdk2 kelas atas. Pantang sahaja ada ckg yg mengajar kelas atas masuk ke kelas EB pasti akan berkata ' saya bangga dgn pencapaian awk semua berbanding dgn pencapaian bdk2 kelas atas '. bayangkan waktu itu kembang semangkuk lubang hidung bdk2 kelas EB. Macam mana tak kembang semangkuk bila dipuji begitu oleh guru, haha. Walaubagaimanapun EB pasti semua pujian itu telah menaikkan lg semangat bdk2 kelas EB pd waktu itu untuk belajar dgn lebih rajin. Bdk2 kelas EB juga tak susah untk diajak belajar bersama sbb bg mereka bila belajar bersama lebih seronok dan lebih efektif. Tapi semua itu tak lama sbb masing2 tak boleh balik lewat jd kami semua sepakat untk belajar pd waktu lapang seperti waktu rehat atau waktu ketiadaan guru di dlm kelas. Kadang2 guru terlewat masukpun kami sentiasa berkumpul bersama bg mengisi masa yg terluang sebelum guru masuk ke kelas.
~ Bila tiba waktu peperiksaan PMR jugak bdk2 kelas EB tak habis2 berdoa dan saling mengucapkan 'goodluck atau semoga berjaya'. Keluar shj result PMR kami memang top2 belaka tak padan dgn kelas ke-5 walaupun kami tak mencapai straight A tapi sekurang2nya kami mempunyai A dlm sijil . bagi EB tahun 2010 adalah tahun yg paling sporting dan paling hebat bagi EB.

~ pada tahun 2011 adalah tahun yg paling membosankan EB sebab bg EB kelas ni tahun adalah kelas yg paling bosan EB berada. Walaupun dipanggil sbg kelas SCIENCE perangai mereka tak ubah seperti bdk2 sekolah rendah. Ada patut diaorg main bola sepak dlm kelas, mentang2la kelas EB tahun ni besar gajah mereka sesuka hati lak buat padang bola yg tak diiktiraf oleh menteri belia dan sukan, memang keanakkan. Lain drpd itu, mereka juga suka melepak dan bergosip apabila ada masa terluang yg diberi. EB pun jd fening sbb EB tak tahu nk ke kumpulan mana semuanya ada cerita tersendiri s0, EB ambil keputusan untk bersama inani zuki dan fatin hamimah sewaktu masa terluang. bg EB mereka cool sbbnya setiap kali masa terluang mereka hanya berada ditempat duduk mereka dan hafal formula2 yg dicatit oleh mereka. Kalau tak menghafal mereka akan buat waktu itu sbg waktu rehat yg dipanggil sbg waktu rehat yg terlarang sbb suka makan waktu ketiadaan guru di dalam kelas. mereka juga tak bnyk bercakap atau bergosip mengenai hiburan malah, mereka lebih seronok bercerita mengenai pelajaran, ahli keluarga, dan org yg mereka tak suka(mengumpat).

~ guru2 yg mengajar EB pd tahun ini juga semuanya agak membosankan dan EB kurang memahami apa yg disampaikan kecuali guru sejarah, bm, bi dan pai. mereka semua adalah guru yg paling best mengajar EB pd tahun ini. Keputusan peperiksaan EB juga agak kurang memuaskan sbb EB tak faham sgt dgn soalan yg diberi. EB mula sedar yg EB harus mulakan kembali study smart EB yg EB lakukan pd tahun lepas. bg EB study smart itu lebih memberansangkan drpd belajar dgn bdk2 kelas EB yg sedikit kedekut ilmu tapi EB paham. Bagi EB mereka semua adalah yg terbaik sbb mereka juga mendapat markah lebih kurang dgn EB s0, tak perlu nk bangga sgtla korang duduk kelas bestaripun dulu sbb sama je dgn EB.

~ EB juga rasa yg pd tahun ini EB kurang bersemangat untk ke sekolah sbb EB sering jatuh sakit. Inilah yg dipanggil sakit yg tak diundang. What can say, EB harus juga bersyukur sbb EB dikurniakan parents yg baik dan sanggup menjaga EB di rumah. EB juga harus bersyukur sbb sakit EB akan sembuh tak sama dgn mereka yg berada dinegara yg sedang berperang dan terlalu susah untk dapatkan makanan serta ubat-ubatan. apa yg EB harus lakukan ialah EB harus sentiasa menjaga kesihatan EB.the best moment with 3 G 3


p/s : penggunaan bahasa bercampur aduk dgn english, shortwords, bahasa melayu, dan sebagainya. EB ialah singkatan bagi empunya blog. EB juga akan up-date gambar kelas EB waktu EB form3.

Rabu, 2 Mac 2011

The Red Warriors !!

Negeri Kelantan nama diberi,
Penuh dengan rakyat yang berbudi pekerti,
Punya budi yang penuh bakti,
Dikelilingi alam yang lagi sejati,

Bunga raya bunga kebangsaan,
Naikkan semangat semua rakyat,
Semua negeri punya pasukan tersendiri,
Menyerikan lagi tanah air yang tercinta,

Warna merah bendera Kelantan,
Merah juga warna bunga kebangsaan,
Ada baju berwarna merah,
Dipakai oleh pemain Kelantan,

The Red Warriors diberi nama,
Sebagai gelaran pemain Kelantan,
Gomo Kelate Gomo sebagai slogan,
Memberi semangat kepada pemain Kelantan,

Latihan demi latihan,
Meningkatkan lagi pretasi mereka,
Bila turun padang mula tunjuk belang,
Membuktikan lagi The Red Warriors gilang gemilang.....


Rabu, 23 Februari 2011

{ Ain Maisarah }


hahahahhahaha.....setelah sekian lama aq meminati A. Samad Said, akhirnya aq diketemukan dgn seorang lagi penulis yg popular iaitu Kak Ain Maisarah. Kak Ain adalah ikon remaja !. Aku mula mengenali kak Ain apabila 'JUTAWAN GEDIK' yang tersiar di akhbar berita harian menarik minatku untuk membacanya. Dari awal sampai penghabisan cerita itu aku ikuti.

Beberapa bulan kemudian, ibu saudaraku atau lebih mesra aku panggil CIK PAH, dia telah mengesyorkan aku untuk menyertai SEKOLAH SRI BANGSAR iaitu sekolah alam maya maksudnya melalui internet. Pada mulanya aku tidak berminat kerana bagi aku ia hanyalah membuang masa wal0pon bermain facebook itu lebih membuang masa, huhu. Selepas Cik Pah memberitahu aku yang sekolah itu dapat membetulkan lagi penulisan aku maka aku sedikit tertarik dengannya tapi yang lebih tertarik lagi apabila Cik Pah menyebut nama seseorang yang menjadi pujaan hatiku selama ini iaitu kak AIN MAISARAH.

Pada malam itu juga aku layari laman web itu. Bila aku daftar je dalam sekolah seri bangsar tu aku terpaku apabila melihat seramai 11950 pada waktu sekarang, ini bermakna sekolah alam maya ini sudah lama dibuka cuma aku je yg tak tahu atau memang aku tak peka terhadap perkembangan kak Ain wal0pon aku meminatinya. Tapi walaubagaimanap0n aku tak kisah sgt tentang sekolah alam maya ini sebab yg nyata ada di depan mata iaitu novel kak Ain tulis. Dari novel itu juga aku dapat meningkatkan lagi penulisan aku yg selama ini terlalu cetek wal0pon aku suka menulis puisi atau tulis cerpen.

Sekarang aku sudah mulai gilakan novel2 kak Ain, seperti 'AKU MAHU POPULAR', 'PROJEK FESYEN', 'AKU MAHU SAIZ S', 'IMPIANA 1,2,3' dan banyak lagi tapi aku masih tidak mampu untuk membeli keseluruhannya sebab novel2 itu semua aku harus membelinya dengan duit aku sendiri. Aku tak mahu menyusahkan mummy dan abah aku lagi, kalau boleh semua novel2 kak Ain aku ingin membeli dengan duit yang telah aku simpan setiap kali balik sekolah. Aku rasa terlalu panjang pula aku menulis jadi aku ucapkan sekian dan selamat bertemu kembali dan buat kak Ain saya mintak maaf sebab ciplak gambar kak Ain.... :D

Sabtu, 5 Februari 2011

Roda Percintaan...

Dulu kau adalah kekasih pertamaku,
Kau juga cinta pertamaku,
Wujudnya rasa cinta dihatiku setelah kau hadir,
Memberi cahaya serta debunga yang indah dihatiku,

Sekian lama kita bersama,
Kau meninggalkan aku kerana dia,
Cinta kita tidak bermakna bagi kau,
Kerna kau meninggalkan aku,

Kau pergi tanpa ucapan,
Kau pergi tanpa lambaian,
kau tinggalkan aku keseorangan,
Kau biarkan aku kesedihan,

Kini kau hadir buat kedua kalinya,
Memohon cintaku yang telah kau tinggalkan,
Kesakitan yang di rasaiku tidak kau hiraukan,
Kini dirimu di hatiku sudah berganti,

kehilanganmu bukan kegembiraan padaku,
Tapi pemergianmu lebih indah dari bercinta denganmu,
Kata-kata hikmat yang dilontar seketika dahulu,
Telah aku padamkan dari mindaku,

Kini aku mula hidup baru,
Dengan hadirnya si dia sebagai ganti,
Dengan kata-kata yang lebih ikhlas,
Telah membuatku lebih tabah,

Dia membawaku ke jalan yang benar,
Dia juga bersamaku disaat aku memerlukan,
Dia mencurahkan segalanya kepadaku,
Dia juga menjadikan aku sebagai suri hidupnya,

Ahad, 30 Januari 2011

Cerita Cinta.......


Pertama kali ku lihatmu,
jantungku berdegup kencang,
terasa dunia ini hanya milikku seorang,
segala kekosongan seperti diisi,

Ku lihat kiri ku lihat kanan,
wajahmu sering menjelma,
tak kira masa hanya dirimu di ingatan,
segenap sudut bagaikan hanya dirimu,

Ku lafazkan kata cintaku padamu,
tanpaku sangka dirimu menyetujui sama,
hatiku melonjak bahagia,
saat kata2mu yg membahagiakan,

Bagaikan angin meniup ke wajahku,
saatku melihat dirimu berlari malu,
dari kenyataan ke khayalan,
ku dan dirimu menyanyi riang bersama,

Hari demi hari,
pelbagai dugaan kita tempuhi bersama,
pergaduhan demi pergaduhan juga telahku lalui,
semuanya hanya untukmu,

diriku juga telah dianggap hero dimatamu sedangkan kekuatan sebenar adalah cinta kita......

p/s: huhu....puisi ini adalah diadaptasi dr cerita2 tamil....khas buat my sister Nurul Hayana yg amat meminati cerita tamil!!!! ~peace no war~:D

Ahad, 16 Januari 2011

Keindahan Persahabatan......


Persahabatan ini bagaikan bunga yang ditiup angin,
sekejap ke kiri sekejap ke kanan,
ianya juga tidak seteguh akar yang memegangnya,
apakan daya ianya tiada tali perikatan yang kukuh
melainkan persahabatan itu adalah persahabatan sejati,

Persahabatan ini juga bagaikan angin yang lalu,
hanya sekadar singgah sebentar di minda,
tapi persinggahan itu telah memberi impak yang dalam,
kerna ianya sesuatu yang berharga,

Persahabatan juga bagaikan aur dengan tebing,
saling memerlukan antara satu sama lain,
walaupun tiada ikatan tapi ianya tetap diperlukan,
buktinya mereka sama berdiri dan saling melindungi,

p/s : Segala petikan diatas adalah satu ungkapan semata-mata tapi bagi saya ianya mempunyai maksud yang sangat mendalam....ini kerana PERSAHABATAN itu adalah INDAH dimata masyarakat sedunia....
HARGAILAH SAHABAT ANDA!!!!!

Jumaat, 14 Januari 2011

kawan selamanya.......


Dulu,
dirimu sentiasa disisiku,
menemani aku sepanjang 8jam waktu sekolah,
susah senang kita harungi bersama,
dimarahi, dipuji, didenda kita bersama,
aku berkhayal kau kejutkan,
aku lupa kau ingatkan,

Sekarang,
tinggallah diriku sendirian tanpamu disisiku,
yang menemaniku sepanjang waktu sekolah,
susah senang aku harungi seorang,
dimarahi. dipuji, didenda aku seorang,

sekarang,
aku berkhayal tiada yang mengejutkanku selain mimpikanmu,
aku lupa juga tiada yang mengingatkanku,
kau jauh meninggalkanku.....
BIARKANKU KESEORANGAN.....

tapi yang pasti persahabatan tidak putus hanya dengan meninggalkanku....kau yang satu NUR ARINA.....