Isnin, 8 Disember 2014

Kosong

Jauh....
Terlalu jauh aku merantau,
Meninggalkan segalanya di bumi serambi Mekah,
Demi menimba ilmu dunia semata,

Jauh....
Terlalu jauh aku dengan keluarga,
Tidak mengapa aku sudah biasa,
Sejak dahulu sehingga kini aku sendiri,

Sepi....
Terlalu kesepian tanpa hilaian tawa,
Tawa untuk dikongsi bersama keluarga,
Tidak mengapa aku sudah biasa ketawa sendiri,

Kuat....
Terlalu kuat untuk aku tempuhi segalanya,
Tiada yang mampu bersama disaat aku jatuh,
Tidak mengapa aku sudah biasa bangun sendiri,

Kongsi...
Tiada apa yang benar untuk dikongsi,
Segalanya dusta untuk dikongsi,
Dikongsi yang benar aku dipersalah,

Bahagia...
Terlalu bahagia disaat berkumpul semua,
Tapi hanya seketika aku lebih suka bersendiri,
Tidak mengapa kerana aku sudah biasa sendiri,

Kosong...
Tiada apa yang mampu untuk diisi,
Tiada apa yang mampu dikongsi,
Tiada apa... semuanya kosong kalau hanya aku sendiri yang merasa segalanya....

Senyum.....
Hiasi raut wajah dengan satu penipuan yang manis,
Terlalu manis untuk ditatapi sehingga menimbulkan kebencian,
Kebencian pada diri sendiri dan kebencian orang yang menilai luaran.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Sekeping Hati Yang Rapuh

Aku rindu pada hati yang dulu,
Hati yang tidak pernah diusik oleh lelaki,
Melindung hati ini dari segala kata-kata manis lelaki,
Tapi aku manusia biasa yang tetap jua jatuh tersungkur kerna lelaki.

Hati ini susah suka lelaki,
Hati ini juga mudah terpaut dengan lelaki,
Hati ini juga sentiasa menafikan apa yang ianya inginkan,
Hati ini harus dijaga kerna ia milik Allah,

Pertama kalinya hati ini mula terjerat dengan kata-kata manis lelaki,
Sungguh mudah ianya terjerat,
Hati ini mula berbunga,
Hati ini juga mula membuka ruang,

Hati ini sudah milik lelaki,
Hati ini mula 'dijaga' oleh lelaki,
Hati ini terlalu rapuh sehingga ianya senang mempercayai,
Hati ini hampir disakiti lelaki,

Sekali lagi Hati menafikan,
Hati ini mula meragu,
Hati ini mula mengambil langkah,
Hati ini mula menebal kembali,

Sakit. Yea hati ini sakit,
Hati ini hanya dipermainkan lelaki,
Senangnya kan mainkan hati ini?
Hati ini tidak buta untuk membezakan yang baik buruk,

Hati ini milik aku,
Hati ini sakit aku yang tanggung,
Hati ini pedih aku yang merasa,
Tapi hati ini kuat,

Terlalu kuat untuk menyorokkan segalanya dari kalian,
Terlalu kuat sampai aku tersenyum gembira,
Terlalu kuat untuk aku melihat apa yang berlaku pada mu nanti,
Kerna hati ini yakin pada janji-jani Allah,
Kerna hati ini yakin kifarah itu ada.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Meniti arus Hidup.....

Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini..

Namun kita mesti ingat, sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.

Kerana dia ada Allah di sisinya.

Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.

Cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah. Maka berdoalah.

"Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang" (Hadith riwayat Abu Daud)

Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid.