Isnin, 23 November 2015

I Quit! -Diploma in Business Study-


Tak selalu langit itu cerah, kadang-kadang awan hitam datang membawa seribu satu titisan air hujan.
Begitu juga dengan diri seseorang tue....
Tak semestinya kau nampak kuat diluar di dalamnya juga kuat? TIDAK!!.
Manusia punya hati dan perasaan yang cukup rapuh disaat dia jatuh kecundang. Kekuatan yang tegar di dalam diri juga akan jatuh lemah disaat mereka kecundang apatah lagi kecundang disaat-saat akhir perjuangan.
KECEWA! Yea cukup kecewa apabila usaha kau sia-sia sahaja. 
Keliru dengan perasaan sendiri samada harus menyalahkan mereka atau diri sendiri. Mahu sahaja aku pergi jauh dari mereka, hilangkan diri....
Perasaan malu menular dalam diri untuk berhadapan dengan mereka di luar. Aku tidak kuat untuk hadapi soalan-soalan manusia di luar.
Malu untuk menatap dua pasang mata yang mengharap pada diri aku, cukup MALU!. 
Terasa BODOH cukup kuat dalam diri..... hanya satu ayat itu sahaja yang asyik berlegar di dalam kepala "BODOH! BODOH! BODOH!".....
Mereka yang tidak berada di situasi aku hanya mampu berkata-kata dan yang perit menelan pahitnya memori nie hanya aku sahaja...
Sinis.... Yea, cukup sinis pandangan mereka yang mengetahui tapi salah aku ke apabila semua ini berlaku?.
Hina terasa diri apabila soalan sinis, pandangan sinis dilontarkan pada diri aku.
Air mata peneman setia di setiap malam dan waktu keseorang.... mengalir laju tanpa aku pinta, tidak mampu untuk hentikan.
Betul la kata orang "Tak semua yang kita nak akan dapat di dunia nie".... mungkin bukan rezeki aku pada pengajian perniagaan atau ini jawapan untuk dua tahun setengah yang lalu.
Aku redha.... cuma aku kecewa dengan diri sendiri, usaha dua tahun setengah aku dalam kos ini hanya sia-sia tapi alhamdulillah aku mampu bertahan selama 5 semester walaupun aku selalu meluah kepada keluarga untuk berhenti tapi ini juga jawapan buat mereka.
HADIAH DARI AKU UNTUK MEREKA!!.