Isnin, 23 November 2015
I Quit! -Diploma in Business Study-
Isnin, 8 Disember 2014
Kosong
Terlalu jauh aku merantau,
Meninggalkan segalanya di bumi serambi Mekah,
Demi menimba ilmu dunia semata,
Jauh....
Terlalu jauh aku dengan keluarga,
Tidak mengapa aku sudah biasa,
Sejak dahulu sehingga kini aku sendiri,
Sepi....
Terlalu kesepian tanpa hilaian tawa,
Tawa untuk dikongsi bersama keluarga,
Tidak mengapa aku sudah biasa ketawa sendiri,
Kuat....
Terlalu kuat untuk aku tempuhi segalanya,
Tiada yang mampu bersama disaat aku jatuh,
Tidak mengapa aku sudah biasa bangun sendiri,
Kongsi...
Tiada apa yang benar untuk dikongsi,
Segalanya dusta untuk dikongsi,
Dikongsi yang benar aku dipersalah,
Bahagia...
Terlalu bahagia disaat berkumpul semua,
Tapi hanya seketika aku lebih suka bersendiri,
Tidak mengapa kerana aku sudah biasa sendiri,
Kosong...
Tiada apa yang mampu untuk diisi,
Tiada apa yang mampu dikongsi,
Tiada apa... semuanya kosong kalau hanya aku sendiri yang merasa segalanya....
Senyum.....
Hiasi raut wajah dengan satu penipuan yang manis,
Terlalu manis untuk ditatapi sehingga menimbulkan kebencian,
Kebencian pada diri sendiri dan kebencian orang yang menilai luaran.
Sabtu, 4 Oktober 2014
Sekeping Hati Yang Rapuh
Hati yang tidak pernah diusik oleh lelaki,
Melindung hati ini dari segala kata-kata manis lelaki,
Tapi aku manusia biasa yang tetap jua jatuh tersungkur kerna lelaki.
Hati ini susah suka lelaki,
Hati ini juga mudah terpaut dengan lelaki,
Hati ini juga sentiasa menafikan apa yang ianya inginkan,
Hati ini harus dijaga kerna ia milik Allah,
Pertama kalinya hati ini mula terjerat dengan kata-kata manis lelaki,
Sungguh mudah ianya terjerat,
Hati ini mula berbunga,
Hati ini juga mula membuka ruang,
Hati ini sudah milik lelaki,
Hati ini mula 'dijaga' oleh lelaki,
Hati ini terlalu rapuh sehingga ianya senang mempercayai,
Hati ini hampir disakiti lelaki,
Sekali lagi Hati menafikan,
Hati ini mula meragu,
Hati ini mula mengambil langkah,
Hati ini mula menebal kembali,
Sakit. Yea hati ini sakit,
Hati ini hanya dipermainkan lelaki,
Senangnya kan mainkan hati ini?
Hati ini tidak buta untuk membezakan yang baik buruk,
Hati ini milik aku,
Hati ini sakit aku yang tanggung,
Hati ini pedih aku yang merasa,
Tapi hati ini kuat,
Terlalu kuat untuk menyorokkan segalanya dari kalian,
Terlalu kuat sampai aku tersenyum gembira,
Terlalu kuat untuk aku melihat apa yang berlaku pada mu nanti,
Kerna hati ini yakin pada janji-jani Allah,
Kerna hati ini yakin kifarah itu ada.
Sabtu, 16 Ogos 2014
Meniti arus Hidup.....
Namun kita mesti ingat, sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.
Kerana dia ada Allah di sisinya.
Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.
Cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah. Maka berdoalah.
"Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang" (Hadith riwayat Abu Daud)
Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid.
Sabtu, 22 Jun 2013
Miss You....
What you felt I can feel it,
When you cries I will wipe your tears,
I smile when you smile,
Now we have to separate,
I know you will feel lonely without me,
I have to catch my dreams to make you proud,
Deep in my heart I miss you so much,
Last word from me to you 'I Love You Mummy'.
Rabu, 12 Disember 2012
12.12.12.
Ku lihat awan membentuk menghiasi langit,
Senyuman dibibir terukir melihat sekawan burung berterbangan,
Udara yang tersepoi-sepoi menyapa lalu pipi gebuku,
Rasa syukur semakin menebal dalam diri,
Alhamdulillah keamanan masih dirasai....
Jumaat, 21 Oktober 2011
Hanya Mencuba
Sabtu, 15 Oktober 2011
Segalanya mungkin berlaku.....
Semuanya dah tersurat,
Membesarnya kamu tanpa ayah disisi,
Melalui liku-liku hidup bersama ibu tersayang,
Mungkin yang berlaku ada hikmahnya,
Kamu lahir untuk merasai kasih sayang ibubapa,
Tapi segalanya musnah kerna mereka berdua,
Hilanglah satu tempat pergantungan kamu untuk beradu,
Mungkin yang berlaku ada baiknya juga,
Kamu dilahirkan untuk memberi cahaya penyeri,
Tapi kamu dilahirkan untuk menjadi mangsa,
Adilkah ini buat kamu semua satu saat nanti?,
Mungkin ianya takdir kamu,
Aku jamin satu hari nanti ianya terjadi jua,
Kamu tidak akan mengenali ayahmu lagi,
Putuslah perhubungan kamu berdua secara zahirnya,
Mungkin ada udang disebalik batu,
Cuma satu aku pinta,
Supaya kamu tidak lupakan kami semua,
Dan janganlah kamu memberontak kerna mereka,
Segalanya mungkin berlaku....
Sabtu, 20 Ogos 2011
Mana Mak ???
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Sabtu, 6 Ogos 2011
Ramadhan Al-Mubarak...
harap masih belum terlambat.. :D
~ Persahabatan ~
Persahabatan.
Kebanyakkan kita mampu menghabiskan masa 'berjam-jam' apabila membahaskan soal persahabatan. Dan tidak kurang juga ada yang mempunyai 'tagline' mereka tersendiri yang mampu membezakan antara persahabatan mereka dan mereka yang lain. Namun, mengapakah masih terjadi persahabatan yang selama ini disangka 'forever' kerana taglinenya berbunyi 'BFF- Best Friend Forever' kini menemui jalan penamat 'The End' ? Bukankah persahabatan seharusnya terus kekal dan mekar?
Ini lah yang terjadi apabila terlalu hanyut dengan tagline 'BFF' akhirnya terlupa akan beberapa perkara yang membuatkan 'BFF' itu benar-benar 'Best Friend Forever'. Antara ciri-ciri atau kualiti-kualiti yang sering dilupakan adalah seperti:
a) kejujuran
b) keikhlasan
c) kasih
d) hormat-menghormati
e) memahami apa itu 'sahabat'
f) kerana apa kita bersahabat
g) apakah ada titik awal dan titik akhir dalam persahabatan
Mungkin masih terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan pudarnya sesebuah persahabatn itu. Ianya menjadi kian hambar dan layu. Namun penulis tidak dapat menghuraikan dengan panjang lebar di sini. Apa yang membuatkan penulis tertarik untuk menulis artikel ringkas tapi memberi sedikit manfaat ini adalah kerana merasakan ramai yang bersahabat hanya atas nama sahabat oleh itu maka terjadilah 'tidak komited' dalam persahabatan.
3 soalan terakhir yang disenaraikan oleh penulis adalah sebenarnya yang wajar diketahui oleh setiap sahabat. Kerana itu lah soalan-soalan yang boleh menjadi bahan panduan atau peringatan. Pembaca bisa saja menambah 'perasa' pada artikel ini jika dirasakan terkurang 'umph-nya'. Ini hanyalah sekadar yang lahir di kepala penulis.
Janganlah dikau menjadi mereka yang 'bermuka-muka',janganlah dikau menjadi mereka yang 'banyak dan bercabang' lidahnya, dan janganlah kiranya dikau menjadi mereka yang 'panjang' tangannya apabila bersahabat.
PS: post diatas di'copy & paste ' dari blog http://www.belogbolok.blogspot.com, penulis blog ini telah meninggal dunia pada 2 0gos 2011 bersamaan 2 ramadhan kerana leukimia ~ AL-FATIHAH~
Isnin, 16 Mei 2011
pertukaran alamat blog
izzahcherry.blogspot.com -> qalistadaisy.blogspot.com
~ harap maklum ~
Khamis, 12 Mei 2011
Awan Biru..

Hati pula mengagung-agungkan maha esa,
Yang telah mencipta pelbagai keindahan dunia,
Renunglah awan biru itu,
Yang menampakkan seribu ketenangan,
Sementara ia kelihatan tenang dan biru,
Tataplah ia sepuas hatimu,
Pabila hadirnya awan hitam,
Hilanglah segala keindahan awan biru,
Yang juga menurunkan titisan demi titisan,
Bagaikan sedang melanda keresahan,
Turunlah dengan lebat wahai titisan,
Lepaskanlah segala yang kau enggani,
Supaya awan biru menjelma kembali,
Tanpa keresahan sekali lagi,
Berilah kami peluang wahai sang langit,
Menatapi keindahan awan biru itu,
Juga mendapatkan ketenangannya,
Sebelum hari-hari kami gelap tanpa cahaya,
Selasa, 10 Mei 2011
SELAMAT HARI IBU !!!
Ibu,Kau telah kandungku selama 9 bulan,
Kau juga telah membesarkan diriku,
Dari kecil hingga dewasa kau masih menjagaku,
Walaupun dirimu sudah berusia,
Ibu,
Seusai aku dewasa bisakah aku menjagamu,
Menjaga sebaik mungkin kau menjagaku,
Siang malammu kau korbankan,
Demi menjaga aku seorang,
Ibu,
Demi diriku juga kau tabahkan hatimu,
Walaupun aku sering kali menyakitinya,
Kau juga tidak pernah menonjolkannya,
Malah kau simpan sahaja dihatimu itu,
Ibu,
Bila aku dilanda masalah,
Kau sering berada di sisiku,
Berkongsi serta menenangkan hati gundahku,
Kau juga sentiasa memberi dorongan kepada diriku,
Ibu,
Sekiranya suatu hari nanti kau tiada,
Mampukah aku berdiri setinggi ini,
Mampukah aku menyelesaikan masalah sendiri,
Mampukah aku membalas jasamu yang dulunya kau korbankan,
Ibu,
Adanya hari istimewa ini,
Seluruh ibu di dunia bergembira,
Bergembira kerna jasa mereka diingati,
Dan bergembira kerna anak mereka masih menyayangi mereka,
Sebagaimana seorang ibu menyayangi anaknya,
SELAMAT HARI IBU....
p/s : puisi ini didedikasikan untuk mummyku yang tersayang dan juga ibu2 diseluruh negara.....
~ I LOVE U MUMMY ~
Isnin, 9 Mei 2011
Andai Itu Takdirnya !!!

Mengapa ia terjadi?,
Sedangkan aku tak ingin,
Untuk pergi amatlah susah,
Satu persatu harus ku lakukan,
Sakitnya tak terperi,
Ingin sekali aku hindari,
Kehadiranmu juga membawa erti,
Erti tiada siapa yang tahu,
Andai itu takdirnya,
Bawalah aku pergi,
Jika sakit ini menghapus dosaku,
aku redha dengan ketentuan Ilahi,
Andai itu takdirnya,
Aku menanti dibawa pergi selamanya,
Isnin, 25 April 2011
Happy Birthday My Niece !!!!
Kini(2011)genap 3 tahun umurnya....

Orangnya kecil sekali,
Bijak dan pintar begitu sekali,
Anak orang tanah tinggi,
Bercerita dan menyanyi hobinya lagi,

Mamanya pandai berhias,
ke sana ke sini terserlah kecantikannya,
Begitu juga anaknya yang tersayang,
Takkan ke mana tanpa hiasan di diri,
Ayahnya pula cermat sekali,
Ke sana ke mari anaknya harus comel sentiasa,
Kemana-mana takkan tinggal anaknya,
Akan dibawa kemana jua,
Ahad hari yang bahagia,
Disambut dengan penuh gemerlipan cahaya,
Begitu juga dengan pesta hari lahirnya,
Disambut dengan pelbagai keriangan di muka,
Kini umurnya genap 3 tahun,
Membawa cahaya kegembiraan kepada mama dan ayahnya,
Selamat Hari Lahir Nur Alya Farisya,
Daripada Mummy&Abah tok sekeluarga.....
Sabtu, 23 April 2011
Teman yang dilupai....
Aku fikir kau adalah teman sejatiku,
Kau selalu menyatakan yang aku sahabat sejatimu,
Kini kau bikin aku sedih tanpa sedikitpun kau sedari,
Aku sedar aku tidak layak untukmu teman,
Teman,
Tika kau sakit aku sering doakan kesihatanmu,
Diwaktu aku sakit pernahkah kau fikirkannya?,
Aku fikir kau tak pernah fikirkannya walaupun sedikit,
Malah kau bergembira dengan teman yang lain,
Teman,
Waktu kau senang kau tinggalkan aku,
Waktu kau susah kau mencari aku,
Bila kau sakit aku sentiasa bertanya khabar,
Bila aku sakit kau tidak pernah menelefon apatah lagi 'sms',
Teman,
Aku tahu yang aku tidak sebaikmu,
Aku juga tidak secantikmu,
Aku juga tidak se-popularmu,
Aku bukan mahukan semua itu teman,
Tapi aku cuma kau menghargaiku sebagai TEMANmu bukan hambamu...
Jumaat, 22 April 2011
Perdana Specialist Hospital !!!!!
hospital pakar perdanaBaiklah, sekembali aq dr klinik PC baru aq tahu yg tangan aq nie bahunya sedikit tercabut mengikut laporan x-ray yg dibuat di klinik tersebut. Mengikut doktor di sana aq kene refer kpd doktor oktopedik di hospital kb. Nak dibuat ceritanya aq bukan ke hospital kb tapi aq ke hospital perdana(swasta). Aq ke hospital perdana sbbnya cepat dan tak perlu buat oppointment dahulu mcm di hospital kb. Kalaula buat oppointment aq rasa seminggu kemudian baru aq dpt jumpa doktor. Alang2 aq ada insurans baik aq terus ke hospital swasta, cepat dan tangkas.
Waktu aq di hospital perdana aq berjumpa dgn doktor Shamsul Kahar Kamarul iaitu doktor ortopedik. Pertama kali aq terpandang doktor Shamsul ni mak aiiii, handsome giler!!!. Bukan doktor je tapi PA-PA di hospital perdana tu memang cantik2, dr kaunter pendaftaran sampailah nurse2 kt sana semuanya sama cantik sama padan. Kalau ikutkan panjang lg aq nk beritahu tentang staff2 kt sana tapi kt sini aq nk cite sal aq bukan sal dorang. Sambung ceritanya, bila aq jumpa doktor Shamsul aq mula la berbicara mengenai masalah tgn aq ni. Bila doktor tgk kembali x-ray yg dibawa oleh aq, doktorp0n suruh aq gerakkan tangan ke atas dan ke bawah tp aq tak boleh sbb sakit gler.
Doktor Shamsul beritahu aq yg bahu aq bukan tercabut tapi otot bahu aq terkoyak. Jadi doktorpun suh aq masuk wad selama dua hari. Mulai drpd hari itu aq diminta menjalani fisioterapi pd waktu pagi dan ptg. Mula2 doktor bawa aq masuk ke bilik physio, kira2 seramai 15 org kot yg berada di situ. Tapi yg uruskan aq hanya seorang shj iaitu kak Atiqah, seorang pelajar kolej KPJ. Kak Atiqah memang baik mcm yg lain juga semuanya baik2 belaka. Semua yg terlibat dgn bhg physio ini hanyalah dua org shj dan yg lain2 pula hanyalah pelajar yg sedang praktikum. Antara mereka semua yg paling rapat dan yg paling baik dgn aq ialah kak Atiqah, kak Wan, Kak Ina, dan Kak sunita. Mereka ini yg selalu bergurau dgn aq dan meyakinkan aq bahawa result MRI aq itu taklah teruk sgt walaupun doktor dh ckp ianya teruk.
Sebut tentang MRI ni, meh cni aq cite pengalaman aq dlm mesin gergasi itu. Hari kedua aq berada di wad aq diminta menjalani pemeriksaan MRI. MRI ini macam x-ray jgk tapi ia tak nmpk tulang malah ia nmpk daging2 di dlm. Pemeriksaan ini dilakukan supaya doktor dpt mengesan tahap kecederaan otot aq ini. Selama 3 jam aq berada dlm mesin MRI itu dan seincipun aq tak boleh bergerak sbb bila aq bergerak ujian itu akan dimulakan semula dr awal dan mengambil masa lebih lama dr yg dijangka.
Lepas siap semua pemeriksaan MRI itu keesokkan harinya waktu aq tgh buat physio doktor dtg bertemu aq dan menjelaskan tahap kecederaan itu kpd aq. Waktu itu aq rasa semacam je bila doktor ckp take a long time to recover. Tapi aq harus kuat dan aq harus lakukan apa yg disuruh oleh kakak2 yg buat physio aq. Antara physiotherapy yg dilakukan ialah menggunakan ais, tens/IT(current), ultrasound, dan exercisefee. Bila aq dh discaj wad aq diminta dtg pd tiap2 hari untk buat physio manakala dirumah juga aq boleh tapi menggunakan ais dan buat exercisefee je.
Begitulah rutin harian aq dan apa yg dilakukan aq di sana. Sebelum aq lupa, semua staff2 disana dan semua nurse disana tak kira student atau senior semuanya baik2 dan selalu tersenyum.
Ahad, 17 April 2011
Terima Kasih, Thanks, Kamsahamnida, Salaamat, Xièxiè..!!!
Bukan itu sahaja malah, disebabkan tangan aq nie susah nk bergerak dan tak boleh nk angkat benda2 berat mula la menyusahkan orang lain, terutama sekali mummy. Kesian mummy kena buat semua kerja(macamla sebelum ni aq rajin sgt), maksud aq kerja2 temeh spt bancuh air teh macam aq buat selalu. Tapi apakan daya bila semuanya mummy yg ambil alih, kekok pula rasanya, huhu. Banyak perkara yg aq tak dapat lakukan bila tangan aq tak dpt bergerak lebih2 lg nk menulis susah gler..tulisan aq sedikit berbeza walaupun aq menulis tangan kanan. Oh ya!! mesti korang semua nk tahukan kenapa tangan aq takleh nk bergerak. Haaaaaaa!!! ni ceritanya.
Dua minggu yg lalu pulang shj dari rumah uncle aq yg isterinya ketika itu sdg mengandung ank yg ke-4(beberapa hr sbelom bersalin) aq ke pasaraya Nirwana bersama mummy, abah n adam(cousin aq yg tomel). Seperti biasa setiap pasaraya mesti ada escalator tapi yg peliknya cousin aq yg berumur 5 tahun itu menjerit ketakutan untuk menaiki escalator tersebut(macam tak pernah naik lak). Aq hanya membiarkan jeritan itu kerna dia dh pun diatas escalator bersama abah. Tapi nk dijadikan ceritanya, adam ni waktu nk turun ke parking kereta dia dlm sekelip mata melompat ke atas aq untk didukung dihadapan escalator dan betapa ramainya orang di belakang aq waktu itu. Tanpa sempat berkata apa2 aq terus mengangkatnya dgn keadaan tubuh serta tangan aq dlm kedudukan yg tak betul. Dan pd malam itu juga aq dh mengalami kesakitan yg dipanggil lenguh pelik(simptom pertama). Hari demi hari tangan aq tak boleh nk diangkat apatah lg digerakkan. Oleh kerana itu juga aq diberi cuti oleh doktor panel selama 2 hari. dan cuti aq disambung menjadi 10 hari oleh doktor pakar KBMC.
Sejak pd hari itu mummy, abah, abe wea tak benarkan aq melakukan kerja berat walaupun basuh pinggan, haha4. Walaubagaimanapun, aq begitu berterima kasih kpd mereka yg sanggup menjaga aq yg dlm kesakitan ini. Tiada apa yg dapat dibandingkan dgn bantuan yg diberi mereka. Terima kasih mummy&abah yg sanggup bawa adik ke hospital KBMC dan kena bayar sebanyak rm320.00 untuk x-ray tapi boleh claim dgn prudential, hehe. Terima kasih abe wea sebab marah adik tido lewat walopun doktor bg cuti. Terima kasih kak uyu sebab sanggup balik dr penang ke kelantan. Terima kasih umi&family sebab risaukan adik. Terima kasih semua sebab mengambil berat tentang adik. Terima kasih zizie sebab sentiasa memberi semangat kpd yaa. Tak lupa jugak DOKTOR ABANG KILAT ABANG YAT(KBMC), DOKTOR HJ RAJA MOHAMMAD RAJA KADIR(PC), Terima kasih...hehe
THANK YOU FOR THINK BOUT ME
THANK YOU FOR EVERYTHING
I LOVE ALL MY FAMILY
Jumaat, 15 April 2011
Air Mata Seorang Wanita..
Kenapa perempuan mudah menangis?Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.


