Jumaat, 12 November 2010

Tamak....amalan syaitan dan memakan diri!!!!!!

Masa aku kecik2 dulu, orang2 tua sering cakap yang kita tidak boleh tamak kerana tamak ini perbuatan syaitan dan memakan diri, betul ke?.Iyelah orang2 tua nie apabila kita tanya dia apa sebabnya dia mesti akan cakap "korang kecik lagi nanti besar korang pahamla ", tapi aku tetap tak paham dan yang peliknya ada peribahasa mengatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' yang bermakna kalau ingin mengajar anak biarlah bermula dari kecik lagi(wah!!kecik2 dah pandai berperibahasa).

Itu waktu kecik sekarang aku dah cukup besar untk memahami dan mentafsirkan sendiri maksudnya apabila aku kurang untk menonton cerita2 kartun dan beralih arah melihat cerita2 yang dikatogerikan sebagai cerita dewasa.Pada asalnya aku dan keluarga aku menonton drama melayu dan akupon dah lupa tajuk ceritanya tapi aku masih lagi ingat kisahnya bermula dari awal cerita sehinggalah pengakhiran.Biasalah waktu2 begitu bknnya ingat nk belajar yang tahu main dan tgk TV je....

Drama melayu itu mengisahkan adik beradik yang bergaduh berebut harta mak bapak dorang yang masih lagi belum meninggal dan dalam keadaan tenat di kampung(ada ke patut).Dorang nie 7 beradik yang 5 orangnya dah beristeri dan sudah mempunyai cahaya mata sendiri kecuali 2 orang lagi yang masih membujang dan hanyalah bekerja di kampung. Setelah kematian ibu bapa mereka 2 hari yang lalu barulah 5beradik ini pulang ke kampung mereka kerana hanya ingin mendengar keputusan wasiat peninggalan ibu bapa mereka.

Apabila wasiat telah dibacakan dan kesemua harta pusaka telah di bahagikan sama rata ada ke patut mereka masih lagi bertekak mengatakan yang pembahagian harta itu tidak adil memandangkan adik2 mereka mendapat lebih dari mereka berlima. Hanya kerana harta 5beradik ini sanggup menggunakan cara2 kotor seperti bomoh dan mereka juga sanggup membunuh walaupun itu adalah darah daging mereka sendiri. Pengakhiran cerita ini telah berlaku dengan baik sekali apabila antara mereka berlima ada yang telah gila dan juga telah dipenjarakan atas kes cubaan membunuh Hehhe...memandangkan cerita ini drama melayu aku pendekkan sahaja ceritanya dan straight to the point sahaja.

Pengajaran dari drama melayu ini mengesahkan bahawa ternyata benar kata2 orang2 tua terdahulu supaya kita janganlah tamak kerana tamak ini amalan syaitan dan memakan diri. Ini kerana apabila 5beradik tersebut telalu tamak akan harta mereka sanggup berjumpa bomoh dan mengamalkan syirik yang tentu sekali dilaknat Allah S.W.T sehinggalah memakan diri mereka sendiri dan akhirnya mereka berada di dalam wad sakit mental. Bukan itu sahaja malah, tamak juga membuat manusia lupa akan perhubungan keluarga yang selama ini membesar bersama dan keluar dari rahim yang sama hanya kerana harta yang tiada nilainya di akhirat nanti. Jadi marilah kita barsama-sama membuat amal jariah yang sesungguhnya lebih bernilai dari harta keduniaan dan amal ini jugalah akan menjamin kita diakhirat nanti, InsyaAllah.

Disini juga saya ingin membuat sedikit ulasan mengenai cerita tersebut. Pada hakikatnya adik2 mereka lebih berhak menerima harta itu kerana merekalah yang telah menjaga ibu bapa mereka sepanjang sakit tenat ibu bapa mereka sebelum ajalnya datang berbanding mereka berlima yang langsung tidak datang menjengah ke kampung.

Tiada ulasan: